Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan kaum


India melarang Al Jazeera menayang filem berkenaan isu keganasan anti-Islam di negara itu. – Gambar AFP, 15 Jun 2023.

MAHKAMAH di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk “India.…Who lit the Fuse?”, yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.

Panel hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad pada Rabu mengarahkan kerajaan India dan Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengambil langkah untuk memastikan filem dalam bahasa Arab itu tidak disiarkan melainkan kandungannya diteliti oleh pihak berkuasa, lapor media tempatan.

Perintah mahkamah itu menyusuli petisyen yang difailkan oleh seorang aktivis tempatan yang berhujah bahawa dokumentari itu boleh mewujudkan keretakan kaum di negara itu.

“Filem itu secara negatif menggambarkan fungsi politik Negara India dengan memperlihat mereka bertindak memudaratkan kepentingan minoriti,” kata peguam bagi pempetisyen kepada mahkamah, menurut laporan Hindustan Times. – Bernama, 15 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen