SESIAPA sahaja boleh membuat laporan polis jika berasa terdapat kebocoran maklumat mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Timbalan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Ramkarpal Singh kepada Dewan Rakyat hari ini.
“Jika ada kebocoran, ini boleh ditangani dengan membuat laporan polis dan perkara itu akan disiasat lebih lanjut,” kata ahli Parlimen Bukit Gelugor itu kepada Parlimen hari ini semasa Waktu Pertanyaan Menteri.
Beliau menjawab soalan tambahan Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor-PN), yang ingin tahu bagaimana kerajaan merancang untuk memerangi kebocoran tanpa nama kepada akhbar oleh sumber yang tidak dinamakan.
Wan Saiful mendakwa sejak kebelakangan ini, terdapat “kebanjiran” kebocoran maklumat terpilih yang dibuat kepada akhbar oleh sumber tidak bernama.
Beliau mempersoalkan adakah ia sengaja dilakukan oleh SPRM.
Pada 8 Jun, Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata kebocoran daripada sumber tanpa nama yang didakwa dalam SPRM sama sekali tiada kaitan dengan kenyataan rasmi dikeluarkan oleh SPRM atau jurucakap rasminya.
Azalina berkata Akta SPRM 2009 melarang sebarang maklumat mengenai siasatan agensi itu didedahkan sehingga pertuduhan difailkan di mahkamah.
SPRM menyiasat Bersatu berhubung dakwaan menyalahgunakan dana awam, manakala presiden parti dan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didakwa atas tuduhan rasuah.
SPRM merampas akaun Bersatu, yang dicabar parti itu di mahkamah.
Wan Saiful disoal siasat SPRM dan kemudiannya didakwa meminta dan menerima RM6. 9 juta rasuah yang dikaitkan dengan projek Jana Wibawa. – 14 Jun, 2023.
Komen