Jawatankuasa kerja pusat MIC pecat Sivarraajh


Ravin Palanisamy

MIC gugurkan Sivarraajh Chandran daripada jawatankuasa kerja pusat berkuat kuasa 10 Jun.– Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Jun, 2023.

BEKAS ahli Parlimen Cameron Highlands, Sivarraajh Chandran dipecat sebagai ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC berkuat kuasa 10 Jun, kata sumber.

Surat pemecatannya dilihat oleh The Malaysian Insight yang cuba menghubungi Sivarraajh namun gagal.

Sumber yang rapat dengan Sivarrajh berkata tiada alasan diberikan untuk pemecatannya namun dia dilaporkan dipecat kerana tidak menghadiri program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India yang diadakan di Shah Alam Sabtu lalu.

Beliau dilantik ke CWC selepas kalah dalam pemilihan parti untuk jawatan naib presiden pada 2021. – 13 Jun, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen