.jpg)
SAYA merujuk kepada kenyataan sinis dan riak Annuar Musa yang menyindir bahawa usaha Umno Kelantan gagal merampas Kelantan.
Umno Kelantan sedar dan akur dengan ketentuan Allah yang belum mengizinkan kami mentadbir negeri ini.
Apa yang penting kami sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat negeri ini mengenai permasalahan yang melanda dan memberi pilihan kepada mereka untuk memilih Barisan Nasional (BN) atau PAS mengemudi Kelantan ke arah yang lebih baik.
Kita juga jangan lupa bahawa Annuar pernah menjadi Pengerusi BN Kelantan (1994-2001) dua kali. Kegagalan ini juga harus dipertanggungjawabkan kepada beliau.
Mungkin PAS memikirkan kemasukan Annuar menguatkan parti itu untuk menghalang gelombang kemarahan rakyat terhadap isu air, tanah dan nepotisme lantikan anak beranak dalam jawatan kerajaan.
Apa pun yang berlaku, kami Umno Kelantan sudah “move forward” dan menjangkakan penyertaan Annuar ke dalam PAS dan Perikatan Nasional berdasarkan kecenderungan beliau sebelum ini mengutamakan arahan Muhyiddin melebihi ketetapan parti sendiri.
Insya-Allah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini gabungan kerajaan perpaduan akan memberikan tawaran terbaik kepada pengundi di Kelantan dalam memajukan negeri ini dari segi kemudahan asas dan sosioekonomi rakyat.
Kepada Allah kami berserah yang menentukan masa yang tepat untuk kami mentadbir Kelantan.
* Zawawi Othman, Ketua Penerangan Umno Kelantan.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen