PRESIDEN Mahkamah Rayuan akan menentukan permohonan kerajaan Selangor untuk menarik balik panel hakim yang mendengar cabaran mengenai penyusunan semula sempadan pilihan raya.
Hakim Mohd Zawawi Salleh berkata, panel itu akan ditubuhkan dan ditentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan minggu depan.
“Diharap panel baru ini akan tentukan. Kami akan tangguh dan pendengaran akan diadakan ada 27 Mac.”
Peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor Cyrus Das mempertikaikan bahawa dua hakim perlu digugurkan atas dasar terdapat risiko unsur penentu dan kepentingan untuk persepsi orang ramai dalam proses kehakiman.
Beliau merujuk kepada Hakim Zawawi dan Kamardin Hashim.
“Kerana hakim memutuskan dengan isu yang sama pada keputusan awal dalam kes Sarawak See Chee How dan kes Ipoh M. Kulasegaran terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.
Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan menolak permohonan kerajaan Selangor untuk menghalang SPR menghantar laporan persemadanan semula negeri kepada perdana menteri.
Tiga panel hakim memutuskan untuk menolak permohonan kerajaan Selangor atas dasar ia menghalang SPR daripada menjalankan duti perlembagaannya dan Parlimen yang akan tentukan perkara itu.
Hakim Idris Harun berkata panel terbabit telah mencapai keputusan sebulat suara untuk menggugurkan permohonan yang boleh menghalang laporan berkenaan dihantar sehingga rayuan kerajaan Selangor selesai.
Pada 2016, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kawasan parlimen dan negeri.
Hakim ahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan pada Disember menggugurkan permohonan semakan kehakiman Selangor bagi mencabar persempadanan semula SPR tetapi menbenarkan mereka menjalankan siasatan tempatan.
Penangguhan itu kemudianhya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan dan SPR telah menjalankan siasatan tempatan di negeri ini. – 23 Mac, 2018.
Komen