.jpg)
TEMA bagi Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) tahun ini adalah ‘Kita perlukan makanan, bukan tembakau’ amat berkaitan dengan Malaysia walaupun petani tembakau kini mula beralih kepada penanaman kenaf kira-kira sedekad lalu.
Industri tembakau kini memberikan tumpuan bagi mendorong nikotin yang amat menagihkan itu sebagai pengganti.
Sama ada seseorang itu menghisap rokok konvensional atau Sistem Penyampaian Nikotin Elektronik (ENDS), atau Produk Tembakau Dipanaskan (HTP), semuanya menagihkan dan berbahaya.
Pengguna perlu berhati-hati terhadap ketagihan sepanjang hayat dan seterusnya berisiko menghadapi penyakit tidak berjangkit kronik yang dikaitkan dengan tabiat itu.
Perokok mestilah berhenti merokok dan menyedut lebih daripada 7,000 bahan kimia, kebanyakannya amat toksik atau karsinogenik.
Di Malaysia, bilangan berganda (14%) remaja (13-17 tahun) menghisap vape berbanding merokok (6.2%).
Terdapat 17,000 perisa e-rokok yang boleh diperoleh melalui dalam talian yang menyasarkan remaja.
Remaja perlu memakan lebih banyak buahan segar, bukannya menghisap vape ENDS berperisa buahan.
Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) dengan secepat mungkin.
Remaja kita memerlukan lebih banyak makanan.
Perokok mestilah merebut peluang ini untuk menghentikan tabiat merokok atau menghisap vape memandangkan keadaan ekonomi semasa yang mana setiap ringgit dikira untuk memastikan makanan berada di atas meja.
Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global, pengguna mestilah mengamalkan sikap berhemah dalam belanjawan keluarga dengan mengutamakan makanan bukannya produk tembakau yang berbahaya.
Sekotak rokok 20 batang berharga kira-kira RM17 dan menghisap dua kotak rokok rokok boleh membeli 10 kilogram beras, sebotol minyak masak 5kg atau 2kg paha ayam.
Seekor ayam seberat 2kg berharga kira-kira RM20. Pembelian makanan akan memberi manfaat kepada seluruh ahli keluarga dengan menambah baik khasiat pemakanan dan kesihatan mereka.
Jika perokok menghentikan tabiat mereka, ia akan memberi manfaat kepada sebahagian besar mereka yang berada dalam Kumpulan Bawah 40 (B40) kerana kira-kira 40% daripada mereka merokok berbanding 31% daripada Kumpulan Pertengahan 40 (M40) dan 5% daripada Kumpulan Tertinggi 20 (T20).
Anak-anak keluarga B40 lebih cenderung mengalami kekurangan zat makanan dan pertumbuhan terbantut kerana keluarga mereka kurang bernasib baik dari segi kewangan dan merokok memburukkan lagi keadaan.
Secara perbandingan rokok masih murah daripada kenaikan kos makanan pasca Covid-19.
Tiada kenaikan cukai ke atas tembakau sejak 2017.
Kira-kira 10 bilion puntung rokok diperbuat daripada plastik tidak terbiodegradasi (selulosa asetat) yang mengandungi tar dan koktel bahan kimia toksik dibuang dengan begitu sahaja dan berakhir di tapak pelupusan sampah atau sebagai bahan cemar alam sekitar.
Walaupun dikatakan kesuburan tanah bris yang rendah di Kelantan menjadi faktor yang mengehadkan untuk penanaman tanaman makanan, penyelidikan pada 2014 menunjukkan berkemungkinan untuk menghasilkan satu hingga tiga tan jagung kering sementara satu lagi kajian lain menunjukkan cili juga boleh ditanam.
Dalam erti kata lain, Kelantan dan Terengganu boleh mengusahakan tanaman makanan yang lumayan selain kenaf.
* Mohideen Abdul Kader, presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen