MENTERI Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Hamzah berkata kegagalan wakil rakyat persekutuan menyokong usaha negeri itu untuk menggubal undang-undang berkaitan aktiviti “hisap gam” dan penyalahgunaan dadah tidak berjadual dalam kalangan belia tidak membantu memerangi dadah di negeri itu.
Karim yang menyifatkan gam baiki tayar basikal dan ubat berhalusinasi seperti pil penyakit tekanan Nospan dan ubat batuk Codeine sebagai “dadah orang miskin”, mengatakan belia Sarawak “memulakan tabiat penagihan dadah” dengan “dadah jenis ini” kerana ia mudah diperolehi dan “selamat”.
Katanya, ianya “selamat” kerana polis tidak boleh menahan mereka yang memiliki “dadah” jenis ini kerana tidak pemilikannya tidak dianggap sebagai satu kesalahan jenayah daripada sudut undang-undang.
Nospan dan Codeine yang diambil dalam dos besar akan memberikan kesan halusinasi atau dalam bahasa penagih, “high”.
“Wakil rakyat persekutuan mungkin merasakan hisap gam benda kecil, isu terlalu kecil kerana mereka ada masalah dadah lebih banyak di sana (Semenanjung).
“Mereka mungkin kata ‘apa hisap gam’, ‘apa ambil ubat batuk’ dan ketepikannya sebagai perkara remeh.”
Karim pada mesyuarat koordinasi Pemadam negeri di Kuching berkata ia mungkin perkara kecil di negeri lain tetapi di Sarawak “ia perkara besar”. – 22 Mac, 2018.
Komen