39 kru hilang kapal nelayan China karam di Lautan Hindi


Gambar sekadar hiasan. Seramai 39 kru hilang dalam kejadian kapal nelayan China karam di tengah Lautan Hindi pada kira-kira pukul 3 pagi Rabu. – Gambar AFP, 17 Mei 2023.

SERAMAI 39 kru hilang dalam kejadian kapal nelayan China karam di tengah Lautan Hindi, Sputnik memetik laporan Televisyen Pusat China pada Khamis.

Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira pukul 3 pagi Rabu (19:00 GMT), menurut laporan itu.

Terdapat 39 orang di atas kapal itu, termasuk 17 warga China, 17 warga India dan lima warga Filipina. Tiada seorang pun yang hilang ditemui, dan operasi menyelamat dan mencari sedang dijalankan, lapor penyiar itu.

Susulan insiden itu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan mekanisme tindak balas kecemasan segera diaktifkan, pasukan mencari dan menyelamat tambahan dihantar, dan bantuan mencari dan menyelamat antarabangsa diselaraskan. – Bernama, 17 Mei 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen