MUZIUM negeri Pulau Pinang yang ditutup sejak April tahun lalu akan dibuka semula pada 2020 selepas kerja-kerja pemuliharaan dan penambahbaikan yang menelan kos kira-kira RM20 juta selesai.
Ini merangkumi pemulihan bangunan muzium dua tingkat itu dan penambahan sayap di sebelah barat.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mempengerusikan lembaga muzium berkata, tidak sekadar membaiki bangunan, seluruh sayap muzium yang musnah dalam Perang Dunia II akan dibina semula.
Lim berkata, sayap baharu yang dibom oleh British ketika bangunan itu digunakan oleh tentera Jepun, akan mempunyai reka bentuk moden.
“Sayap baharu iu akan berwajah moden. Ia tidak akan sama seperti replika sayap yang dibom Tentera Bersekutu,” kata Lim pada sidang media di muzium itu hari ini. – 21 Mac, 2018.
Komen