Korea Selatan masuh hampir semua sekatan Covid-19


Korea Selatan menarik balik arahan pemakaian pelitup muka dalam bangunan kecuali di wad hospital. – Gambar AFP, 11 Mei 2023.

PRESIDEN Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Khamis mengisytiharkan bahawa hampir semua sekatan Covid-19 ditamatkan termasuk pengasingan mandatori sekali gus menyaksikan negara ini beralih kepada fasa endemik.

Yoon semasa mesyuarat tindak balas Covid-19 berkata tempoh kuarantin mandatori tujuh hari untuk pesakit Covid-19 akan dikurangkan kepada lima hari, lapor Agensi Berita Yonhap.

Beliau berkata arahan pemakaian pelitup muka dalam bangunan juga akan ditarik balik kecuali di wad hospital dan tiada lagi ujian PCR sejurus ketibaan.

Langkah itu berkuat kuasa 1 Jun manakala tahap krisis Covid-19 akan diturunkan daripada “serius” kepada “berjaga-jaga”.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi “darurat kesihatan global”. – Bernama, 11 Mei 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen