Zimbabwe tarik balik semua langkah bendung Covid-19


Setakat 3 Mei terdapat 264,685 kes Covid-19 disahkan di Zimbabwe dengan 5,686 kematian dilaporkan kepada WHO. – Gambar AFP, 10 Mei, 2023.

KERAJAAN Zimbabwe hari ini menarik balik semua langkah membendung penularan wabak Covid-19 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi satu darurat kesihatan global, lapor Xinhua.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran Monica Mutsvangwa semasa taklimat media pasca kabinet pada Rabu.

“Selepas WHO mengeluarkan kenyataan Covid-19 bukan lagi darurat kesihatan global, kerajaan mengarahkan supaya pemakaian mandatori pelitup muka ditarik balik, semua langkah mencegah penularan Covid-19 ditarik balik berkuat kuasa serta-merta dan pelancong tidak perlu lagi menyediakan sijil vaksinasi Covid-19 di pelabuhan atau di pusat peranginan pelancong di seluruh negara,” kata Mutsvangwa.

Setakat 3 Mei terdapat 264,685 kes Covid-19 disahkan di Zimbabwe dengan 5,686 kematian dilaporkan kepada WHO.

Selain itu sejumlah 13,935,112 dos vaksin Covid-19 diberikan di negara itu sehingga 29 April. – Bernama, 10 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen