Jabatan Peguam Negara nafi keluar kenyataan berkait pendakwaan KSN


Jabatan Peguam Negara hari ini menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali. – Gambar Facebook, 7 Mei 2023.

JABATAN Peguam Negara (AGC) hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Mohd Zuki Ali. 

AGC dalam kenyataan hari ini berkata penafian itu merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali - Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023.

Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC itu menyatakan susulan daripada arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas perdana menteri berhubung isu dakwaan terhadap Zuki.

Pemerhatian terhadap kenyataan palsu itu mendapati nama KSN adalah tidak tepat.

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Zuki adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain. – Bernama, 7 Mei 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen