Turkiye pindah kedutaan selepas kereta duta di Sudan ditembak


Tenrea Sudan dan RSF saling tuduh menuduh menyalahkan satu sama lain kenderaan duta besar Turkiye di Khartoum ditembak pada Sabtu. – Gambar Facebook, 7 Mei 2023.

MENTERI Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu pada Sabtu umum Turkiye memutuskan untuk memindahkan kedutaannya di Khartoum ke Pelabuhan Sudan, sebagai tindak balas kepada kenderaan dutanya menjadi sasaran tembakan pada Sabtu.

“Demi keselamatan kedutaan  dan rakan sekerja kami, kami memutuskan untuk memindahkan kedutaan kami ke Pelabuhan Sudan,” Cavusoglu dipetik sebagai berkata oleh Agensi Anadolu, lapor Xinhua.

Duta Besar Turkiye Ismail Cobanoglu telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) dan memaklumkan kepada mereka tentang rancangan penempatan semula, menurut menteri Turkiye itu.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa akibat insiden itu.

Selepas kejadian itu, RSF dan tentera Sudan saling tuduh menuduh menyalahkan satu sama lain.

RSF mendakwa bahawa kawasan di mana serangan berlaku adalah di bawah kawalan tentera dan mengulangi komitmennya untuk melindungi misi diplomatik di negara itu. 

Sebaliknya, tentera mengaitkan RSF bertanggungjawab dalam serangan itu. – Bernama, 7 Mei 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen