Usaha bawa balik Jho Low rumit, kata PM


Kalidevi Mogan Kumarappa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui proses membawa pulang ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low agak rumit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 Mei, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengakui proses membawa pulang ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low ke Malaysia untuk diadili berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agak rumit.

Anwar berkata perbincangan diplomatik sudah dilakukan antara beberapa negara untuk membawa Low balik namun beliau tidak boleh mendedahkan nama negara berkenaan.

“Sehingga kini (kita) tidak boleh mengesahkan dia di mana… dirunding secara saluran.

“Yang pasti, proses membawa pulang itu adalah sukar kerana membabitkan negara lain, tugas risikan, Interpol dan lain-lain,” katanya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan untuk membawa pulang Low, yang berhadapan beberapa tuduhan jenayah berkaitan 1MDB. – 5 Mei, 2023.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen