WHO beri amaran krisis kesihatan di Sudan meski gencatan senjata dikuat kuasa


WHO menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera mengosongkan fasiliti kesihatan. – Gambar AFP, 28 April, 2023.

PENGARAH Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Mediterranean Timur Ahmed Mandhari pada Khamis memberi amaran mengenai krisis kesihatan di Sudan menggesa pihak yang bertelagah di negara itu supaya segera mengosongkan fasiliti kesihatan.

Agensi berita Jordan (Petra) melaporkan kenyataan Mandhari kepada Agensi Anadolu walaupun berita gencatan senjata di Sudan disambut baik, serangan terhadap infrastruktur kesihatan Sudan meningkat dengan hospital di Khartoum dan makmal kesihatan awam pusat negara itu diduduki pihak yang terlibat dalam konflik.

Beliau berkata pendudukan dan pencerobohan di kemudahan kesihatan penting itu menghalang pesakit daripada mendapatkan penjagaan kesihatan asas selain menyebabkan pemberhentian ujian penting sampel makmal.

Beliau memberi amaran kesan pendudukan di kemudahan kesihatan penting ini menyebabkan pesakit tidak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan penting selain ujian penting sampel makmal terpaksa dihentikan.

Beliau berkata WHO bimbang individu yang tidak terlatih boleh menyalahgunakan spesimen berjangkit itu, seterusnya menjangkiti diri mereka sendiri dan orang lain. – Bernama, 28 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen