Tiada lokasi dengan kualiti udara tidak sihat setakat 11 pagi


Desmond Davidson

Tiada lokasi di negara ini mempunyai kualiti udara "tidak sihat" mengikut bacaan 11 pagi Jabatan Alam Sekitar hari ini terhadap indeks pencemar udara (IPU). – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 April, 2023.

TIADA lokasi di negara ini mempunyai kualiti udara “tidak sihat” mengikut bacaan 11 pagi Jabatan Alam Sekitar hari ini terhadap indeks pencemar udara (IPU) - sistem yang digunakan untuk memberi amaran kepada orang ramai apabila pencemaran udara berbahaya.

Daripada 68 lokasi, 26 merekodkan udara berkualiti baik iaitu bacaan IPU antara 0 dan 50 manakala baki 42 lagi mempunyai kualiti udara sederhana dengan bacaan 51 – 100.

Petaling Jaya dengan bacaan IPU 77 adalah lokasi dengan bacaan terburuk manakala kebanyakan di Sarawak - Kapit, Sibu, Sarikei, Sri Aman, Samarahan dan Kuching berada di hujung skala yang bertentangan, mempunyai udara berkualiti dengan bacaan antara 25 dan 43.

Hujan semalaman dan ribut petir melanda Kuching dan Samarahan membantu mengekalkan kualiti udara yang baik. – Bernama, 24 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen