POLIS merekodkan sebanyak 1,389 kemalangan di seluruh negara pada hari kedua Op Selamat 20 yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata daripada 1,601 kenderaan semasa operasi mereka, 1,159 adalah kereta.
Selainnya menurut polis membabitkan kenderaan pacuan empat roda (112), motosikal (192) dan kenderaan pelbagai guna atau MPV (81).
Semalam, kemalangan membabitkan 15 lori, van (23), bas (13) dan teksi (4) serta dua basikal.
Kemalangan itu adalah penurunan daripada hari pertama operasi, yang mencatatkan 1,964 kemalangan dengan membabitkan 2,486 kenderaan.
Pada Khamis, terdapat 1,704 kemalangan membabitkan kereta, diikuti motosikal (279), kenderaan pacuan empat roda (206), MPV (150), lori (91), van (44), bas (10) dan teksi (dua). – 22 April, 2023.
Komen