KUMPULAN alam sekitar terkenal antara 160 pertubuhan masyarakat sivil global yang menghantar surat solidariti kepada syarikat pembalakan Samling bagi menarik balik samannya terhadap sebuah NGO Sarawak Save Rivers.
CSO global termasuk Greenpeace, Friends of the Earth, Rainforest Action Network dan International Union for the Conservation of Nature (IUCN) Netherlands menghantar surat itu semalam sebulan sebelum perbicaraan yang dijadualkan pada 15 Mei di Mahkamah Tinggi Miri bermula.
Samling menyaman Save Rivers dan empat pemimpinnya kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung rundingan dengan masyarakat tempatan berhubung proses pensijilan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia MTCS yang disahkan oleh PEFC International.
Samling menuntut permohonan maaf, injunksi untuk menghentikan Save Rivers daripada melaporkan tuntutan masyarakat dan RM5 juta sebagai ganti rugi.
Bruno Manser Funds yang berpangkalan di Switzerland berkata jumlah itu adalah 45 kali ganda belanjawan tahunan Save Rivers.
Untuk menambahkan lagi usaha mereka untuk menekan syarikat pembalakan itu petisyen e-mel antarabangsa juga dilancarkan untuk mengumpul tandatangan individu yang ingin menyertai seruan bertindak.
“Organisasi yang menandatangani surat itu termasuk ramai pemimpin antarabangsa mengenai keadilan iklim dan alam sekitar.
“Mereka termasuk organisasi hak asasi manusia dan pemuliharaan negara yang terkenal seperti Suaram, RimbaWatch, Freedom Film Network dan Teoh Beng Hock Trust for Democracy,” kata Bruno Manser Funds
BMF menambah Jawatankuasa Bertindak Hak Komuniti Gerenai (GCRAC) menyatukan semua komuniti dalam unit pengurusan hutan (FMU) Gerenai Samling dan menghantar surat perpaduan yang berasingan juga.
“Surat itu mengiktiraf kebanyakan artikel yang didakwa yang dianggap oleh Samling memfitnah adalah hasil usaha mereka untuk keterangkuman, maklumat yang wajar dan kejelasan,” katanya.
BMF yang mengeluarkan kenyataan bersama itu berkata Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembela Hak Asasi Manusia dan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal dan Pusat Sumber Perniagaan dan Hak Asasi Manusia mengiktiraf saman ini mungkin diklasifikasikan sebagai Saman Strategik Terhadap Penyertaan Awam (SLAPP).
Peguam Save Rivers, Simon Siah berkata saman oleh Samling ini ialah saman SLAPP. – 18 April, 2023.
Komen