DUTA EU ke Sudan “diserang” di kediamannya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik diplomat tertinggi blok itu Josep Borrell.
“Ini merupakan tindakan yang melanggar Konvensyen Vienna,” kata Borrell dalam ciapan Tweet beliau.
“Keselamatan premis dan kakitangan diplomatik adalah tanggungjawab utama pihak berkuasa Sudan dan merupakan kewajipan mengikut undang-undang antarabangsa.”
Borrell tidak memberikan butiran tentang sifat serangan atau pelaku.
Beliau juga tidak jelas sama ada duta itu cedera walaupun sumber diplomatik di Brussels berkata O’Hara sihat dan tidak cedera.
Borrell hanya menulis pada lewat Isnin bahawa serangan itu berlaku “beberapa jam” lebih awal.
Di Afrika, EU diwakili oleh diplomat Ireland Aidan O’Hara. – Bernama, 18 April 2023.
Komen