MENTERI Sumber Manusia V Sivakumar belum diarahkan bercuti, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata Sivakumar hanya memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dalam siasatan rasuah mereka mengenai kelulusan pekerja asing.
“Setakat yang saya maklum, beliau bukan suspek, cuma memberi kerjasama sebagai menteri dalam kes ini.
“Pada masa ini, kita akan memantau sebarang perkembangan.
“Belum ada arahan daripada Perdana Penteri (Anwar Ibrahim) untuk beliau bercuti,” kata Loke semasa sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini. – 17 April, 2023.
Komen