Segera gubal undang-undang antilompat parti, kata Bersih


Ravin Palanisamy

Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Kedah, Sabah masih belum memperkenalkan undang-undang antilompat parti.– Gambar fail The Malaysian Insight, 13 April, 2023.

NEGERI-negeri yang belum menggubal undang-undang antilompat parti harus segerakan penggubalannya, kata Pengerusi Bersih Thomas Fann hari ini.

Beliau berkata kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada ketidakstabilan politik, hilang kepercayaan terhadap proses pilihan raya dan hilang keyakinan pelabur.

“Ketidakstabilan politik bermakna rakyat akan kurang keyakinan terhadap kerajaan hari ini, biarlah siapa pun, kerana dasar tidak pasti dengan pertukaran kerajaan.

“Jadi, pelabur atau perniagaan yang ingin menubuhkan perniagaan di negeri ini akan berfikir dua kali untuk melabur di sini,” kata Fann pada pelancaran Laporan Tahunan Bersih 2022 hari ini.

Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Kedah, Sabah masih belum memperkenalkan undang-undang antilompat parti.

Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak telah menggubal undang-undang untuk menghalang wakil rakyat daripada melompat dari satu parti ke parti yang lain.

Pahang dilaporkan akan membentangkan rang undang-undang berkenaan bulan depan. – 13 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen