KAKITANGAN Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dikatakan mencederakan seorang warga emas ketika operasi menangkan anjing bulan lalu tidak akan dikenakan tindakan.
Dalam satu kenyataan hari ini, MBPJ berkata insiden pada 22 Mac itu berlaku secara tidak sengaja, maka tiada tindakan selanjutnya dikenakan terhadap kakitangan terbabit.
Patrick Khoo, warga emas yang terbabit dalam insiden itu, membuat laporan polis terhadap staf yang menangkap anjing, mendakwa beliau tercedera dalam proses operasi itu.
Rakaman insiden itu tular di media sosial.
Bagaimanapun, Khoo didakwa di mahkamah atas kesalahan menghalang pegawai MBPJ daripada melakukan tugas.
“Tiada pertuduhan terhadap anggota MBPJ kerana alat penangkap anjing terkena muka pengadu dengan tidak sengaja semasa pergelutan berlaku,” menurut kenyataan itu. – 11 April, 2023.
Komen