BEKAS Menteri Besar Perlis Azlan Man dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar esok oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut laporan Berita Harian.
Beliau dijangka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.
Sumber itu memberitahu kes itu didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kangar.
Akhbar berbahasa Melayu itu juga berdasarkan laporannya menyebut berkenaan nota jemputan SPRM kepada media untuk membuat liputan membabitkan tuduhan terhadap seorang bekas menteri besar.
Mengikut nota itu Azlan Man dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar pada jam 8.30 pagi.
Azlan Man merupakan Adun Pauh dari 2013 hingga 2018 sebelum berpindah ke kerusi DUN Bintong dan mewakilinya dari 2018 sehingga beliau tewas pada pilihan raya DUN yang lalu pada 2022. – Bernama, 9 April, 2023.
Komen