SEORANG lelaki berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 11 tahun terbunuh dalam serangan peluru berpandu Rusia yang memusnahkan rumah di bandar Zaporizhzhia di tenggara Ukraine.
Ini merupakan serangan terkini Rusia ke atas infrastruktur di Ukraine dalam pencerobohan Moscow masuk tahun kedua.
“Musuh lakukan serangan peluru berpandu ke atas Zaporizhzhia dan membunuh sebuah lagi keluarga Ukraine,”kata Ketua Perkhidmatan Kecemarasan Ukraine Sergiy Kruk.
Menurut Ketua Majlis Bandaraya Zaporizhzhia Anatoliy Kurtiev kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia di dalam ambulans.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 46 tahun dari bawah runtuhan.
Sementara anak perempuan sulung mereka tiada di rumah ketika serangan berlaku kata pusat perkhidmatan kecemasan Ukraine.
Kurtiev berkata dua peluru berpandu Rusia menyerang bangunan kediamana yang mengakibatkan kerosakan pada tingkap serta bumbung rumah penduduk. – AFP, 9 April, 2023.
Komen