
DEWAN Rakyat hari ini sebulat suara memilih ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) Mas Ermieyati Samsudin sebagai pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh dari Pakatan Harapan (PH) yang menyandang jawatan itu semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini.
PAC adalah jawatankuasa Parlimen yang meneliti dan memantau kewangan kerajaan serta peruntukan yang dibenarkan oleh Parlimen untuk perbelanjaan awam bagi memastikan ia diurus dengan baik.
Sementara itu Wong Shu Qi (PH-Kluang) dilantik sebagai naib pengerusi PAC.
Pencalonan Mas Ermieyati dan Wong dicadangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Usul diterima sebulat suara ahli Dewan Rakyat.
PAC dianggotai enam hingga 12 ahli yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih. – 4 April 2023.
Komen