Ahli Parlimen Perikatan keluar Dewan, protes isu KWSP


Alfian Z.M. Tahir

Wakil rakyat pembangkang bertindak keluar sidang Dewan Rakyat hari ini selepas usul berkaitan pengeluaran bersasar KWSP ditolak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 April, 2023.

WAKIL rakyat pembangkang keluar dari persidangan Dewan Rakyat pagi ini selepas speaker tidak membenarkan usul pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan memerlukan dibahaskan pagi ini.

Diketuai ketua pembangkang Hamzah Zainuddin, beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) turut keluar selepas tidak puas hati dengan Timbalan Yang Dipertua Alice Lau yang tidak membenarkan usul itu diteruskan.

Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) terdahulu memohon usul tergempar itu dibahaskan hari ini.

Katanya, beliau menghantar usul bertulis berkenaan perkara itu kepada Yang Dipertua Johari Abdul, Jumaat lalu.

Lau berkata keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan dan keputusan speaker adalah muktamad.

Susulan itu, wakil rakyat pembangkang keluar dari Dewan. – 3 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen