DOKTOR kontrak dijangka tidak menyertai gesaan mogok seluruh negara yang dianjurkan sebuah kumpulan kecil doktor, Mogok Doktor Malaysia yang akan diadakan pada 3 hingga 5 April depan sebagai bantahan terhadap sistem dan gaji rendah.
Mogok Doktor Malaysia mengalu-alukan doktor kontrak menunjukkan solidariti dengan bertindak mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit pada hari mogok itu.
Enggan nama didedahkan, seorang doktor kontrak dari Negeri Sembilan berkata mereka tidak begitu berminat dengan rancangan Mogok Doktor Malaysia yang tidak sempurna.
Doktor itu mendakwa mogok yang dirancang itu tidak tersusun seperti dianjurkan Hartal Doktor Kontrak berkenaan isu serupa, dua tahun lalu.
“Ini, tidak ada komunikasi yang baik, selain daripada hantaran di Instagram.
“Kumpulan itu tidak ada wakil atau coordinator. Semuanya tidak jelas.
“Lebih baik saya pergi kerja pada hari itu,” katanya.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di Instagram, Mogok Doktor Malaysia memberi amaran orang awam akan terpaksa menunggu lama di klinik kesihatan dan hospital kerajaan pada 3-5 April susulan protes yang diadakan itu.
Kumpulan itu menjangkakan kira-kira 8,000 doktor kontrak akan turut serta dalam mogok.
Kumpulan itu mendesak semua pegawai perubatan kontrak diserapkan kepada jawatan tetap tanpa syarat atau temubual; kenaikan gaji asas; kadar on-call lebih tinggi; resolusi terhadap kekuarangan pakar, pegawai perubatan; dan pengurangan automatik bagi tempoh wajib perkhidmatan pegawai perubatan kepada tiga tahun.
Seorang lagi doktor kontrak yang dihubungi The Malaysian Insight juga berkata beliau mahu tahu siapa di sebalik mogok itu.
“Kami tidak pasti siapa yang ketuai mogok ini, kecuali ada beberapa hantaran di Instagram yang menggesa kami turut serta.
“Semuanya, kecuali desakan mengadakan mogok itu, nampaknya dilakukan secara rahsia,” kata doktor dari Selangor itu.
“Niatnya baik dan kami tidak kisah untuk ambil cuti sakit atau kecemasan, tetapi kita perlu tahu dengan siapa kita bekerjasama dan siapa yang merancangnya.
“Kami doktor kontrak sama seperti mereka dan nasib kita sama, jadi tidak perlu berahsia dengan kami,” katanya.
Beliau berkata mogok itu boleh hilang hala tuju jika kumpulan berkenaan tidak telus, terutama dalam kalangan sesama staf kontrak.
“Siapa akan jadi jurucakap jika kerajaan mahu berbincang? Jika tindakan kami ambil cuti dipertikaikan oleh pengarah hospital atau ketua jabatan, dan diancam dikenakan tindakan, siapa akan bantu kami?
“Kita tidak kenal siapa pun dalam hal ini. Sekurang-kurangnya perlu ada seorang wakil untuk menyelaras hal di setiap hospital.
“Memandangkan tidak tidak kenal siapa individu di sebalik mogok ini, ia boleh sabotaj doktor yang mungkin akan mendapat jawatan tetap tidak lama lagi,” katanya.
Katanya, kumpulan itu patut dapatkan sedikit tips daripada Hartal Doktor Kontrak berkenaan penganjuran protes.
Pada 26 Julai, 2021 Hartal Doktor Kontrak mengadakan mogok di seluruh negara menggesa kerajaan menawarkan syarat lebih baik dan jawatan tetap kepada doktor kontrak.
“Since we don’t know the people behind this, this could sabotage doctors who could possibly be given a permanent posting soon,” the doctor said, adding that the group should take some tips from Hartal Doktor Kontrak on organising a protest.
Kumpulan itu turut mengadakan satu lagi protes enam bulan kemudian tetapi dibatalkan apabil menteri kesihatan pada masa itu, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan membawa isu itu kepada Kabinet.
Bagaimanapun, Hartal Doktor Kontrak juga tidak menyertai mogok yang akan diadakan ini, walaupun masih tidak berpuas hati dengan kerajaan berhubung elaun on-call untuk doktor. – 31 Mac, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen