BADAN Peguam Malaysia sedang pertimbang untuk mengdakan mesyuarat agung tergempar (EGM) untuk membincangkan sama ada patutkah mereka terlibat dengan proses perundingan berhubung cadangan kerajaan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976.
Jawatankuasa perundingan khas yang dikepalai oleh menteri umum undang-undang Azalina Othman merumuskan “pelan tindakan holistik” untuk kerjaya perundangan di Malaysia. Kini proses itu dalam fasa perundingan peringkat awam.
Sebelum ini timbul kebimbangan mengenai kemungkinan campur tangan badan bebas itu, memandangkan penggubalan itu mungkin bakal mengubah pengurusan dalaman Badan Peguam selain proses pilihan rayanya.
Presidennya, George Varughese yang dilantik semula pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-72 di Kuala Lumpur hari ini berkata, walaupun tiada usul mengenai perkara itu dibangkitkan hari ini, namun pandangan dan kebimbangan para peguam turut dirasai ketika mesyuarat tertutup itu.
“Walaupun tiada usul, ahli membangkitkan kebimbangan tentang proses yang berlaku di bawah jawatankuasa perundingan khas ini,” kata Varughese kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majis Peguam untuk penggal 2018/2019 selepas AGM tadi.
“Kebimbangkan ada dibangkitkan mengenai komposisi jawatankuasa ini, dan mengenai siapa yang berada di dalamnya. Ahli-ahli ada yang ragu. Berkaitan keraguan ini, maka Badan Peguam memutuskan untuk menyemak semula hubungan dalam proses keterlibatan ini.
“Kami juga akan mempertimbangkan (untuk mengadakan) EGM bagi mendapatkan pandangan sesama ahli untuk sama ada menyambung kerjasama proses ini atau memberi cadangan lain berhubung keseluruhan proses,” tambahnya.
Sejumlah 836 peguam hadir dalam AGM hari ini. Daripada 15 usul yang dibangkitkan, enam telah diluluskan.
Varughese berkata, para peguam menggesa untuk pembaharuan undang-undang yang lebih luas termasuklah menyeru untuk menjarakkan pejabat peguam negara (AG) daripada pendakwa raya yang kini dikendalikan oleh seorang sahaja.
“Di negara lain, dua orang yang pegang jawatan ini. Di Malaysia, AG tak perlu beri laporan kepada Parlimen.
“Ada kebimbangan mengenai pelantikan kehakiman, sama ada proses itu patut dilihat kembali kerana sekarang ini perdana menteri tidak diperlukan untuk menerima cadangan oleh suruhanjaya pelantikan perundangan.
“Beliau boleh veto. Beliau kemudian boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai siapa yang sesuai untuk memegang jawatan itu,” katanya.
Antara kebimbangan lain, kata Varughese, ialah berkaitan bagaimana universiti awam mengajar undang-undang: “Standard menurun banyak.” – 17 Mac, 2018.
Komen