USUL untuk menggesa larangan minuman keras di semua acara Badan Peguam Malaysia hari ini ditolak kerana gagal memenuhi syarat yang diperlukan.
Seramai 836 peguam menyertai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tertutup ke-72 yang diadakan di Kuala Lumpur. Lima belas usul dibentangkan, dengan dua ditolak dan enam diteruskan.
Usul untuk larangan minuman keras, merupakan salah satu usul yang dibawa oleh peguam dari Selangor Mohd Amir Sharil Md Noor.
Enam lagi menggesa Badan Peguam menyelar tindakan enam peguam, termasuk bekas presiden Badan Peguam, anggota Badan Peguam yang hadir dan pengerusi Jawatankuasa Badan Peguam Negeri.
Badan itu memutuskan semua usul Amir tidak dibentangkan dalam mesyuarat.
Bagi usul melarang minuman kerana presiden Badan Peguam George Varughese berkata ia sama dengan usul yang dibawa Amir tahun lalu, yang meminta larangan minuman keras pada acara Badan Peguam di Kuala Lumpur.
“Usul yang sama dibawa pada AGM tahun lalu. Kami sudah bincangkannya dan ia ditolak. Tahun ini satu lagi usul (dibawa oleh Amir).
“Bagaimanapun keputusan dibuat bahawa usul ini tidak beh dibincangkan, bukan kerana kami tidak bincangkan usul minuman keras, tetapi hanya kerana bentuk dan kandungan (usul Amir) bukan sesuatu yang boleh dibincangkan oleh Badan Peguam,” kata Varughese selepas mesyuarat itu.
Varughese, yang dilantik semula sebagai presiden pada mesyuarat itu menambah: “Saya tidak mahu kamu fikir Badan Peguam mempunyai masalah untuk bincangkan isu ini.”
“Bagaimanapun usul tahun ini, bentuk dan kandungan resolusi adalah tidak konsisten dengan peruntukan profesion perundangan dan perkara profesion perundangan, yang menjadi sebab usul itu tidak dibentang dan dibincangkan.”
Ditanya bagaimana usul Amir gagal memenuhi syarat untuk dibahaskan, Varughese menjawab: “Saya tidak bebas untuk menjelaskan apa bentuk dan kandungan itu. Semua perbincangan pada mesyuarat agung kami tertakluk kepada kerahsiaan (peruntukan) di bawah Akta Peruntukan Undang-Undang.”
“Apa jua perbincangan, saya tiada kebebasan untuk nyatakan. Kalau tidak, saya akan melanggar (akta),” katanya.
Usul Amir, yang dilihat oleh The Malaysian Insight, menggesa kepada setiap peguam “beragama Islam, setia dan taat” untuk menyokongnya.
“Bahawa setiap peguam Islam, setia, dan taat yang memiliki Syahadah di dalam hati mereka, dan adalah orang-orang berpegang kepada kitab, jika tidak berkemampuan dari segi Syariah, dan orang-orang berpegang kepada kitab, tahu bahawa pada hari pembalasan dan kiamat, akan dipersoalkan mengenai peranan mereka dalam memastikan usul ini diteruskan pada hari Sabtu, 17 Mac, 2018,” menurut usul yang ditandatangani 25 peguam.
“Dengan Syahadah, adalah dengan ini diputuskan dan dibuat mandatori bahawa Bar Malaysia dengan semua kuasanya seperti yang termaktub dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976, melarang semua elemen kekotoran iaitu minuman keras, dan semua minuman dan makanan yang mengandungi alkohol, atau memabukkan, dalam semua acara yang dianjurkan oleh Bar Malaysia dan badan-badan yang berada di bawah bidang kuasanya dengan serta-merta.”
Usul Amir tahun lalu dikalahkan dengan 588 peguam mengundi untuk menolak, sembilan yang memihak dengan 16 tidak mengundi. – 17 Mac, 2018.
Komen