Anwar cadang badan bebas untuk semua agensi penguatkuasa-an


Ravin Palanisamy

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mencadangkan untuk mempunyai badan pengawasan bebas untuk menyiasat aduan salah laku yang melibatkan semua agensi penguatkuasaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2023.

PUTRAJAYA mencadangkan untuk mempunyai badan pengawasan bebas untuk menyiasat aduan salah laku yang melibatkan semua agensi penguatkuasaan, kata Anwar Ibrahim hari ini.

Sambil berkata rang undang-undang Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis Bebas (IPCMC) yang dicadangkan sebelum ini hanya tertumpu kepada polis, perdana menteri berkata beliau kini meminta pihak peguam negara menyemak cadangan untuk mempunyai badan bebas yang boleh menyiasat semua agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“IPCMC dicadangkan untuk polis tetapi dipersoalkan kenapa hanya polis.

“Jadi saya kini meminta peguam negara menyemak cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua agensi penguatkuasaan.

“Saya telah minta Peguam Negara kaji semula cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua badan penguatkuasaan kalau ada pertuduhan khas terhadap pegawai SPRM, Imigresen, polis, kastam, maka ada badan bebas, (mungkin) dalam bentuk suruhanjaya, belum pasti.  

“Sudah ada arahan kepada Peguam Negara untuk kemuka cadangan supaya badan penguat kuasa ini tidak menyiasat sendiri, tapi ada badan lain yang bebas menyiasat, perkara ini saya rasa tidak begitu sukar kerana ada cadangan awal,” kata ahli Parlimen Tambun itu semasa sesi Soal Jawab.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) berhubung langkah kerajaan dalam memastikan siasatan dibuat terhadap pegawai agensi pengkuatkuasaan seperti SPRM, dibuat secara bebas.

Beliau juga bertanya sama ada siasatan akan dijalankan oleh badan bebas dan sama ada Parlimen mempunyai untuk memanggil siasatan lanjut selepas selesai siasatan awal. – 28 Mac, 2023.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen