MBPJ siasat kes anggota didakwa dera warga emas


Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menjalankan siasatan secara terperinci kes melibatkan anggotanya yang didakwa mendera seorang warga emas semasa misi menangkap anjing.– Gambar Facebook, 24 Mac, 2023

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menjalankan siasatan secara terperinci kes melibatkan anggotanya yang didakwa mendera warga emas ketika misi menangkap anjing.

“Kami ingin menegaskan bahawa tidak akan ada kompromi dalam kes ini atau (cubaan) melindungi mana-mana kakitangan majlis jika benar dan terbukti mereka melakukan kesalahan itu.

“Kami juga telah menubuhkan jawatankuasa penyiasat dalaman untuk menyiasat kejadian itu, dan ia sedang berjalan,” katanya hari ini.

Beberapa video anggota penguat kuasa MBPJ kononnya mendera seorang lelaki tua dengan batang besi tular di media sosial semalam.

Pengguna Facebook Rekha Morgan menegaskan mengenali mangsa. Dia mendakwa pegawai terbabit mnelakukan provokasi terhadapnya. – 24 Mac, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen