Bukti disekat mampu bersihkan Guan Eng, kata peguam


Alfian Z.M. Tahir

Peguam bela Lim Guang Eng berkata bukti yang didakwa disekat oleh pasukan pendakwaan dalam kes rasuah bekas menteri kewangan itu mampu membersihkan beliau daripada pertuduhan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mac 2023.

PASUKAN pendakwaan dalam perbicaraan rasuah Lim Guan Eng dituduh menyekat bukti penting yang boleh membersihkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu daripada kesalahan.

Peguambela Gobind Singh mengecam pihak pendakwaan kerana gagal memberi salinan perbualan WhatsApp antara dua ahli perniagaan yang didakwa membayar Lim RM2 juta pada 2017.

Dua ahli perniagaan itu ialah G Gnanaraja dan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Gobind berkata bukti itu penting untuk membuktikan dakwaan rasuah yang dibuat terhadap Lim adalah tidak berasas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah permohonan Gobind mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah bagi mendapatkan laporan forensik pertukaran WhatsApp.

Seksyen 51A CPC menghendaki pihak pendakwaan mendedahkan maklumat dan mendedahkan dokumen atau laporan yang akan menjadi sebahagian daripada kes pendakwaan kepada pihak pembelaan sebelum atau semasa perbicaraan dijalankan. – 23 Mac, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen