Putrajaya mahu pemulihan ekonomi tanpa tambahan hutang, kata Rafizi


Ravin Palanisamy

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan tidak akan membuat pinjaman baharu hanya untuk menyediakan bantuan kewangan kepada golongan memerlukan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mac, 2023.

PUTRAJAYA tidak akan memilih langkah drastik seperti mengambil pinjaman yang besar bagi menyediakan pakej rangsangan khas kepada kumpulan memerlukan selain perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Rafizi Ramli di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri ekonomi itu berkata kerajaan akan mencari kaedah alternatif untuk memulihkan ekonomi negara, tanpa perlu menambah lagi hutang negara.

“Jika kita (kerajaan) akan menyediakan pakej rangsangan bernilai kira-kira RM200 atau RM300 bilion, makan kita perlu mengambil pinjaman pada kadar faedah antarabangsa lebih tinggi.

“Ini akan membebankan dan menambah hutang negara, di mana ia akan ditanggung kerajaan dan juga generasi masa depan,” katanya di Parlimen hari ini pada sesi soal jawab menteri.

Rafizi menjawab soalan tambahan Muhyiddin Yassin (Pagoh-PN) yang bertanya adakah Kabinet akan dapat memperuntukkan pakej bantuan yang dapat membantu kumpulan memerlukan dan PMKS.

Muhyiddin mencadangkan bantuan tambahan, mendakwa beliau bimbang dengan keadaan ekonomi yang meruncing, dan boleh membawa kepada pengangguran atau hilang pendapatan.

Rafizi menolaknya dengan berkata data daripada pakar ekonomi tidak menyokong dakwaan ahli Parlimen Pagoh itu.

“Berdasarkan kepada ramalan dan pencapaian semasa ekonomi, Malaysia tidak akan bertambah buruk daripada ketika Pagoh menjadi perdana menteri. Insya-Allah,” katanya sambil menyindir Muhyiddin. – 22 Mac, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen