Subvarian Omicron XBB.1.5 punca lebih 90% kes baharu Covid-19 AS


Subvarian Omicron XBB.1.5 yang sangat mudah merebak menyumbang 90.2% daripada semua kes Covid-19 di AS dalam minggu terbaharu yang berakhir pada 18 Mac. – Gambar AFP, 21 Mac 2023.

SUBVARIAN Omicron XBB.1.5 yang sangat mudah merebak menyumbang lebih daripada 90% kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), menurut anggaran terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

XBB.1.5 dianggarkan menyumbang 90.2% daripada semua kes Covid-19 di AS dalam minggu terbaharu yang berakhir pada 18 Mac, lapor Xinhua.

Angkanya meningkat daripada 88.8% seminggu sebelum dan 86.3% dua minggu sebelumnya.

Penularan XBB.1.5 juga terus meningkat sejak akhir tahun lepas.

BQ.1.1 yang merupakan virus kedua paling biasa, hanya menyumbang 3.5% pada minggu terkini.

Walaupun XBB.1.5 merebak dengan lebih mudah, saintis berkata ia tidak menyebabkan sakit yang lebih teruk. – Bernama, 21 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen