POLIS Nigeria pada Ahad melancarkan gerakan menjejaki enam orang yang disyaki diculik oleh kumpulan bersenjata yang menyerang sekumpulan petugas pilihan raya di negeri Kogi.
Anggota pilihan raya diserang awal Ahad ketika dalam perjalanan ke pusat pengumpulan undi di Lokoja selepas pilihan raya parlimen di Kogi pada Sabtu.
Kumpulan bersenjata memintas kenderaan petugas pilihan raya, mencederakan beberapa orang dan menculik sekurang-kurangnya enam individu, jurucakap polis Williams Ovye-Aya memberitahu Xinhua melalui telefon.
Tiada kematian dilaporkan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian mengenai kejadian itu.
Pemilihan jawatan gabenor dan parlimen telah diadakan pada Sabtu di kebanyakan bahagian Nigeria. – Bernama, 20 Mac 2023.
Komen