Jangan kaitkan saya dengan sebarang parti politik, kata Syed Mokhtar


Syed Mokhtar Albukhary menggesa semua orang supaya tidak mengaitkannya dengan mana-mana parti politik. – Gambar Facebook, 19 Mac, 2023.

TOKOH perniagaan Syed Mokhtar Albukhary menggesa semua orang supaya tidak mengaitkannya dengan mana-mana parti politik atau pertubuhan.

“Sebagai ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia, saya berharap tidak ada mana-mana pihak ‘mengaitkan diri saya dengan mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan yang membawa maksud sama’,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Kenyataan ini dibuat ketika nama peribadinya dikaitkan dengan tuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Daripada tujuh pertuduhan yang difailkan terhadap presiden Bersatu, dua kesalahan secara langsung membabitkan syarikat Syed Mokhtar iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd kerana didakwa membayar RM205 juta kepada tabung Bersatu di bawah arahan bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin meminta dibicarakan dan kini diikat jamin. – 19 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen