Putrajaya digesa tangani krisis penjagaan kesihatan negara


Noel Achariam

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial menekankan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan dalam menangani krisis penjagaan kesihatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mac, 2023.

PRESTASI kerajaan perpaduan dalam penjagaan kesihatan sedang dilakukan tetapi beberapa aspek tertentu memerlukan perhatian segera untuk penambahbaikan, kata badan pemerhati kesihatan.

Pusat Galen bagi Dasar Kesihatan dan Sosial berkata bidang utama yang perlu dilihat termasuk menambah baik infrastruktur sedia ada, mengekalkan tenaga kerja, meningkatkan liputan dan kualiti penyampaian perkhidmatan, dan menangani pelbagai krisis yang sedang dialami kerajaan.

Ketua Eksekutif Galen Azrul Mohd Khalib dalam satu kenyataan berkata sistem penjagaan kesihatan Malaysia dan rakyat di negara ini sedang mengalami krisis.
“Kami menyeru kerajaan perpaduan mengambil peluang melaksanakan reformasi yang perlu dan selama ini tertangguh.

“Mereka juga mesti terus bekerjasama dan berunding dengan kumpulan pesakit, komuniti terjejas, sektor swasta dan organisasi masyarakat sivil.”

Bagaimanapun Azrul berkata bagi tempoh 100 hari pertama pentadbirannya, pertubuhan itu memberi tiga daripada empat bintang kepada kerajaan perpaduan.

“Pada awal Januari kami mengenal pasti empat isu untuk kerajaan perpaduan sebagai petunjuk bagi 100 hari pertama.

“Kerajaan mula menangani tiga daripada isu ini. Kami memberi tiga daripada empat bintang, atau gred B untuk 100 hari pertama.”

Azrul berkata tindakan segera diperlukan dan empat isu ini memerlukan perhatian dan komitmen kerajaan. – 17 Mac, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen