Putrajaya rumus garis panduan guna alat dipacu AI untuk pendidikan, kata Khaled


Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin berkata kementerian sedang melihat untuk menggunakan ChatGPT dan teknologi AI lain sebagai alat dalam proses pembelajaran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mac, 2023.

GARIS panduan sedang dirumuskan mengenai penggunaan ChatGPT dipacu kecerdasan buatan, kata Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin.

Beliau berkata kementerian sedang melihat untuk menggunakan ChatGPT dan teknologi AI lain sebagai alat dalam proses pembelajaran.

“Kami tidak mengawal selia (ChatGPT), tetapi kami sudah berusaha menyediakan garis panduan tentang perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan apabila menggunakan alat ini,” katanya dipetik sebagai memberitahu FMT.

“Jika kita lakukan ini, maka proses pembelajaran akan diambil alih oleh mesin,” katanya.

Menteri itu juga berkata beliau tidak mengetahui sejauh mana ChatGPT digunakan di institusi pengajian tinggi tempatan sambil menambah ia perlu menyemaknya.

Kementerian sebelum ini mengeluarkan kertas putih bagi membolehkan kementerian bersedia mengendalikan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam laporan Bernama pada Januari, Khalid berkata kertas putih itu bertujuan untuk mengendalikan gangguan teknologi semasa dan masa depan terhadap pengajaran dan pembelajaran serta tadbir urus institusi pengajian tinggi. – 17 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen