MICHELLE Yeoh memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di Anugerah Akademi ke-95 melalui filem Everything Everywhere All at Once, yang juga menerima beberapa anugerah utama lain.
Kemenangannya ini menjadikan Michelle, 60, pelakon Asia pertama yang memenangi Oscar dalam tempoh hampir 90 tahun. Pada 1936, Merle Oberon yang lahir di India menang anugerah sama tetapi sepanjang kerjayanya di Hollywood menyembunyikan identiti keturunannya.
Dalam filem arahan bersama Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu, Michelle melakonkan watak Evelyn Wang, seorang isteri dan ibu yang mempunyai kelebihan untuk merentas ruang dan waktu.
Michelle sebelum ini menang pelakon wanita terbaik di Golden Globe Award and Screen Actors Guild Award.
Michelle yang menempa nama sebagai pelakon di Hong Kong dan kemudian berkembang di Hollywood mengetepikan pesaingnya Cate Blanchett (Tár), Viola Davis (The Woman King), Ana de Armas (Blonde) dan Danielle Deadwyler (Till).
Everything Everywhere All at Once juga menang anugerah filem terbaik, sementara Kwan dan Scheine yang juga dikenali sebagai The Daniels dinamakan pengarah terbaik.
Keseluruhannya Everything Everywhere All at Once menang tujuh anugerah termasuk lakon layar asli dan penyuntingan, menjadikan filem terbaik paling banyak kategori sejak Slumdog Millionaire pada 2008.
Everything Everywhere All at Once juga menang anugerah pelakon pembantu wanita dan lelaki untuk Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan.
Filem yang mula ditayang pada Mac 2022 itu membantu pawagam kembali pulih selepas dua tahun pandemik Covid-19 dengan mengutip lebih AS$100 juta jualan tiket di seluruh dunia.
“Kepada semua anak lelaki dan perempuan seperti saya yang menonton malam ini, inilah bukti harapan dan kemungkinan. Ini bukti kalau bermimpi impikan yang besar dan mimpi jadi nyata.
“Kepada wanita, jangan ada sesiapa yang memberitahu anda masa anda sudah lepas. Jangan pernah mengalah,” katanya berucap menerima anugerah.
Michelle mengabadikan kemenangannya kepada ibunya sendiri, Janet Yeoh, serta semua ibu di seluruh dunia yang disifatkannya sebagai wira sebenar.
“Tanpa mereka, kita semua tidak akan dapat berada di sini,” tambahnya.
Ibu Michelle menonton siaran langsung acara Anugerah Akademi dalam satu majlis khas di pawagam Dadi di Pavillion, Kuala Lumpur.
Michelle sebelum ini menang pelakon wanita terbaik di Golden Globe Award and Screen Actors Guild Award.
Michelle yang menempa nama sebagai pelakon di Hong Kong dan kemudian berkembang di Hollywood mengetepikan pesaingnya Cate Blanchett (Tár), Viola Davis (The Woman King), Ana de Armas (Blonde) dan Danielle Deadwyler (Till).
Everything Everywhere All at Once juga menang anugerah filem terbaik sementara Kwan dan Scheine yang juga dikenali sebagai The Daniels dinamakan pengarah terbaik.
Keseluruhannya, Everything Everywhere All at Once menang tujuh anugerah termasuk lakon layar asli dan penyuntingan, menjadikan filem terbaik paling banyak kategori sejak Slumdog Millionaire pada 2008.
Everything Everywhere All at Once juga menang anugerah pelakon pembantu wanita dan lelaki untuk Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan.
Filem yang mula ditayang pada Mac 2022 itu membantu pawagam kembali pulih selepas dua tahun pandemik Covid-19 dengan mengutip lebih AS$100 juta jualan tiket di seluruh dunia.
Sementara itu, pesaing terdekat Everything Everywhere All at Once iaitu filem dari Jerman, All Quiet on the Western Front menang tiga hadiah teknikal utama – sinematografi, rekaan produksi, dan muzik latar.
Filem mengenai Perang Dunia Kedua itu juga menang anugerah filem asing terbaik. – 13 Mac 2023.
Komen