MUHYIDDIN Yassin sepatutnya memberi tumpuan kepada kes mahkamahnya dan menjawab pertuduhan di sana, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, dakwaan pengerusi Perikatan Nasional itu bahawa pertuduhan rasuah terhadapnya bermotifkan politik dan dirancang terlebih dahulu sudah dijawab oleh Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Apa lagi yang beliau nak cakap, bagi saya lebih baik beliau fokus pada kes mahkamah.
“Jawab di mahkamah kerana pertuduhan sudah dibuat,” katanya yang dipetik di Ipoh hari ini.
Anwar sekali lagi berkata beliau tidak ada kena mengena dengan kes Muhyiddin dan ia berada di tangan pihak berkuasa.
Muhyiddin kini menghadapi empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta. – 11 Mac, 2023.
Komen