RATUSAN ahli akar umbi MCA bertindak memprotes keputusan parti itu untuk menggantikan Ahli Parlimeh Alor Gajah, Koh Nai Kwong dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri Wong Nai Chee.
Tang Hui Li, seorang pemimpin bahagian MCA Alor Gajah memberitahu calon itu harus ditentukan oleh bahagian dan bukannya orang dari luar.
Koh dipindahkan ke kerusi negeri Machap tetapi bahagiannya tidak berpuas hati dan membatalkan beberapa majlis yang dirancang pada hujung minggu.
Wong dikenali sebagai lawan yang hebat apabila beliau menewaskan Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock untuk kerusi Kota Melaka pada Pilihan Raya Umum 2004.
Bagaimanapun, DAP memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya umum seterusnya.
Wong membuat kemunculan semula pada 2011 sebagai setiausaha politik Najib.
Kerusi Alor Gajah dilihat sebagai salah satu kerusi MCA paling selamat.
Setiausaha MCA Alor Gajah Chew Chong Lim mahu Wong mengesahkan jika pencalonannya adalah keputusan Najib.
“Jadi untuk kerusi ini, siapa yang memutuskannya, adakah perdana menteri? Wong Nai Chee sila beritahu kami mengenai hal ini.
“Selagi surat pelantikan calon tidak dikeluarkan, kami tidak akan menerimanya. Kami mahu Koh Nai Kwong bertanding lagi,” katanya.
Sebagai bukti sokongan mereka kepada Koh, bahagian itu memulakan kempen mengumpul 10,000 tandatangan.
Sehingga malam ini, mereka sudah mengumpulkan 2,000 tandatangan.
“Sebaik sahaja kami mendapat 10,000 tandatangan, kami akan menghantar senarai itu kepada perdana menteri.
“Kami menggesa perdana menteri kata rakyat agar membiarkan Koh terus bertanding di Alor Gajah,” katanya. – 15 Mac, 2018.
Komen