PAS tangkis dakwaan Mahfuz, tiada bukti ahlinya mahu sertai Amanah


Yasmin Ramlan

Naib Presiden PAS Idris Ahmad mendakwa mempunyai bukti yang ahli parti Islam itu juga meningkat ekoran penubuhan parti Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2018.

PAS menangkis dakwaan bekas pemimpinnya, Mahfuz Omar yang ramai ahli parti Islam itu kini berminat untuk menyertai parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), Amanah.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan terbabit.

Kami juga boleh sebut orang Amanah sekarang ini pun menyokong kami senyap-senyap,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Idris turut mendakwa, beliau mempunyai bukti yang ahli PAS juga meningkat ekoran penubuhan parti Amanah.

Beliau mengulas dakwaan Mahfuz yang dibuat semasa pengumman ahli Parlimen Pokok Sena itu hari ini untuk menyertai parti Amanah.

Mahfuz yang setia bersama PAS selama 34 tahun berkata, beliau sudah bersedia untuk membawa perubahan bersama PH. – 15 Mac, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen