BN sasar rampas semula kerusi Padang Serai


Looi Sue-Chern

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bukan perkara mustahil kerana undi majoriti kerusi itu berkurangan semenjak ia pertama kali dimenangi PKR pada PRU 2008. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 Mac, 2018.

TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah yang dipegang PKR dengan peralihan 5,000 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Zahid berkata ia tidak mustahil berlaku memandangkan majoriti kemenangan PKR di kerusi itu berkurangan semenjak ia pertama kali dimenangi oleh parti itu pada pilihan raya umum 2008.

“Walaupun kita (BN) tewan dengan 8,000 undi pada pilihan raya yang lepas, kita hanya perlukan 5,000 undi lagi kali ini untuk dapatkan semula kerusi itu.

“Majoriti pembangkang kian menurun, dan kita sekarang ada bekas ahli Parlimen N. Gobalakrishnan bersama kita. Hari ini, saya gembira beliau memakai baju BN,” Zahid berkata demikian pada program ‘Turun Padang’ yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin BN dan penjawat awam di kompleks sukan Kulim Hi-Tech Park di Kedah petang ini.

Pada 2008, N. Gobalakrishnan menang kerusi Padang Serai dengan majoriti 11,738 undi. Bekas ahli Parlimen itu keluar PKR pada 2011 untuk menjadi ahli Parlimen bebas. Beliau kemudiannya menyertai MIC.

Pada pilihan raya 2013, N. Surendran dari PKR yang kini menyandang kerusi itu menang dengan majoriti kecil iaitu 8,437 undi.

“Kenapa Gobalakrishnan bersama kita sekarang? Semasa beliau dalam PKR, beliau garang dengan kita. Semua yang kita buat tak betul, tak baik. Tetapi itu memang budaya pembangkang yang penuh kebencian. Tuhan telah buka pintu hatinya, dan sekarang beliau bersama kita,” kata Zahid.

“Kalau pemimpin seperti beliau boleh balik semula, kita boleh yakinkan pengundi untuk kembali kepada BN. Kita dah buat macam-macam program untuk beri kesedaran kepada rakyat.” – 15 Mac, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Jgn tersasar sudah la last2 jd sasau

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • yang penting BN perlu kukuhkan jentera utk menghadapi PRU yg akan datang..penduduk di kawasan tersebut perlukan sokongan dr wakil rakyat yg dipilih supaya kebajikan mereka dijaga..diharapkan sasaran utk merampas semula Padang Serai akan terlaksana..

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan