
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah menolak prinsip pemberian peruntukan sama rata kepada pembangkang dan wakil rakyat kerajaan.
Beliau isu peruntukan boleh diselesaikan segera jika pembangkang mengadakan rundingan dengan kerajaan, katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
“Saya cadangkan ada proses rundingan supaya kita cari kaedah yang baik. Pada prinsipnya, saya tidak menolak prinsip memberi peruntukan kepada pembangkang seperti yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen kerajaan.
“Ini pendirian saya daripada dulu tetapi proses rundingan belum berlaku, yang ada proses permusuhan.
“Jadi saya usulkan mulakan proses rundingan dan saya arahkan ketua whip dan menteri yang berkenaan berunding dan kita (akan) putuskan. Kalau cepat selesai (rundingan) cepatlah lulus, kalau selesai esok, lusa kita boleh lulus,” kata Anwar yang juga menteri kewangan semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Ahli Parlimen Tambun itu menjawab soalan tambahan dari Shahidan Kassim (PN-Arau). – 7 Mac 2023.
Komen