Industri minyak dan gas digesa tingkat peranan tangani cabaran iklim 


Presiden COP28 Emiriah Arab Bersatu Sultan Al Jaber berkata menjelang 2030, kapasiti tenaga boleh diperbaharu perlu meningkat tiga kali ganda. – Gambar Facebook, 7 Mac, 2023.

PRESIDEN COP28 Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sultan Al Jaber berkata industri minyak dan gas perlu mempertingkatkan peranan dalam menangani dan menghadapi cabaran iklim.

“Selain semua industri, sektor minyak dan gas juga perlu mempertingkatkan peranan, melakukan lebih banyak dan lebih pantas,” kata Al Jaber dalam ucaptama di forum tenaga global CERAWeek, yang diadakan  di bandar Houston, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Xinhua.

Sesi ke-28 Persidangan Pihak-pihak (COP28) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim akan diadakan di Dubai pada akhir tahun ini

Persidangan itu antara lain dijangka membincangkan mengenai penilaian komprehensif kemajuan terhadap matlamat iklim.

“Hanya separuh daripada industri telah mengisytiharkan skop 1 dan 2 matlamat sifar bersih menjelang 2050. Semua orang dalam industri perlu sejajar dengan matlamat yang sama. 

“Dengan insentif, teknologi, pemikiran dan model perkongsian yang betul, industri minyak dan gas mempunyai kapasiti dan sumber untuk membantu semua orang menangani skop 3,” kata Al Jaber. 

Beliau berkata menjelang 2030, kapasiti tenaga boleh diperbaharu perlu meningkat tiga kali ganda. – Bernama, 7 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen