Maybank, CIMB, Agrobank beri moratorium kepada mangsa banjir Johor, kata PM


Ravin Palanisamy

SETAKAT ini tiga bank setuju untuk memberikan morotarium pinjaman selama enam bulan kepada mangsa banjir di Johor, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tiga bank itu – Maybank, CIMB dan Agrobank – setuju untuk memberi moratorium khas bagi membantu peminjam yang terjejas akibat banjir di negeri itu, menurutnya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

 “Ada cadangan daripada kerajaan negeri Johor supaya memberikan moratorium kepada peminjam untuk mereka melengahkan bayaran kerana keadaan yang terdesak.

“Setakat ini Maybank dan CIMB telah bersetuju untuk beri moratorium enam bulan.

“Semalam dan hari ini kita telah menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil Maybank dan CIMB,” jelas perdana menteri pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu kemudian mengesahkan Agrobank juga setuju untuk memberi moratorium kepada mangsa banjir di Johor. – 7 Mac 2023. 

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen