Pencapaian Anwar selepas 100 hari sebagai PM


The Malaysian Insight

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mac, 2023.

SELEPAS 100 hari memegang jawatan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih mencari jalan untuk menunaikan janjinya kepada rakyat, terutama dalam isu kos sara hidup dan reformasi.

Sebagai ketua kerajaan perpaduan yang disatukan atas titah Yang di-Pertuan Agong, Anwar tidak mungkin mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam membuat dasar dan mungkin cenderung untuk berkompromi dengan Barisan Nasional (BN), satu lagi blok utama dalam gabungan itu.

Berikut adalah pencapaian pentadbirannya, selepas lebih tiga bulan berkuasa. 

Kejayaan

Anwar berjaya menamatkan permusuhan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN, yang kini berkongsi musuh yang sama – Perikatan Nasional (PN).

Beliau menunaikan janji Kabinet yang lebih kecil dengan hanya 28 anggota. Dengan kemelesetan ekonomi global yang bakal berlaku, Anwar bersetuju tidak mengambil gaji perdana menteri dan mengurangkan gaji menteri.

Beliau mengurangkan kos projek Laluan Rel Pantai Timur sebanyak RM11 bilion, daripada RM86 bilion kepada RM75 bilion.

Hampir RM2 bilion dana awam berjaya dijimatkan selepas kerajaan menghentikan rundingan terus bagi projek tebatan banjir.

Beliau membenarkan undi percaya, yang dimenanginya dengan margin selesa.

Bursa Malaysia dan ringgit meningkat selepas pelantikannya.

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 ditubuhkan untuk membantu rakyat segera.

Tarif elektrik dikekalkan bagi kediaman, industri kecil dan sederhana (PKS), syarikat pertanian dan pengeluar makanan.

Kira-kira 8,500 pemilik rumah di Putrajaya akan menerima diskaun 30% kadar taksiran tahunan mereka tahun depan.

Bantuan persekolahan untuk semua

Menu Rahmah diperkenalkan dan boleh didapati dengan harga serendah RM5 di lebih 15,000 restoran. Tidak lama lagi ia juga akan dihidangkan di universiti.

Pada Februari, Bank Negara Malaysia memilih untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 2.75% selepas empat kenaikan berturut-turut.

Beliau bersetuju meneruskan program bantuan tunai pentadbiran terdahulu.

Penjawat awam gred 11 hingga 56 menerima kenaikan RM100. Mereka juga akan menerima bantuan Hari Raya sebanyak RM700 dan pesara RM350.

Setiap isi rumah akan menerima bantuan RM300 dan RM100 bagi individu bujang.

Murid sekolah akan mendapat bantuan persekolahan RM150 tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka.

Pekebun kecil getah yang dilanda monsun menerima RM200 pada Januari. Kira-kira 320,000 pekebun kecil getah akan mendapat gabungan pembayaran RM600 menjelang akhir tahun.

Sebanyak 50,000 pekerjaan kontrak akan diwujudkan untuk belia, termasuk 35,000 jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan, melalui program MyStep.

Berikutan banjir besar di Kelantan dan Terengganu, kerajaan Anwar segera meluluskan bantuan RM100 juta untuk kedua-dua negeri itu.

Bantuan segera RM10,000 dihulurkan kepada setiap keluarga yang maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm di Gohtong Jaya.

Bantuan ihsan juga  RM1,000 diberikan kepada ketua isi rumah mangsa yang terselamat. – 5 Mac, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen