Pelakon AS Steven Seagal terima anugerah dari Putin


Pelakon Amerika Syarikat Steven Seagal merupakan ahli parti pro-Kremlin Just Russia dan didakwa berulang kali mengikuti garis propaganda Moscow. – Gambar AFP, 28 Februari 2023.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin menyampaikan anugerah “Russian Order of Friendship” kepada pelakon Amerika Syarikat (AS) Steven Seagal, yang terkenal dengan filem thriller aksi AS 1990 Hard to Kill, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Seagal yang memiliki kewarganegaraan Rusia, antara lain menerima anugerah itu atas “sumbangan besarnya terhadap pembangunan kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa”, menurut dekri Putin yang diterbitkan pada Isnin.

Pelakon berusia 70 tahun itu membintangi pelbagai filem aksi dan merupakan wakil khas Kementerian Luar Rusia untuk hubungan kemanusiaan dengan AS dan Jepun.

Dia juga merupakan ahli parti pro-Kremlin Just Russia dan didakwa berulang kali mengikuti garis propaganda Moscow. – Bernama, 28 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen