SYARIKAT farmaseutikal berkaitan kerajaan (GLC) Pharmaniaga Bhd diklasifikasikan sebagai syarikat bermasalah di bawah Nota Amalan 17 (PN17) selepas dilabel menghadapi masalah kewangan pada Bursa Malaysia.
Pengarahnya berkata PN17 muncul dalam audit penyata kewangan syarikat yang berakhir 31 Disember 2022.
Tahun lalu syarikat itu berdepan kesukaran untuk menjual stok vaksin Sinovac Covid-19 bernilai RM552.3 juta.
Syarikat induk Pharmaniaga, Boustead Holdings dikawal oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Kemerosotan yang besar boleh boleh memberi kesan buruk kepada Boustead.
Awal hari ini Pharmaniaga mengumumkan kerugian bersih suku tahunan terbesarnya sebanyak RM664.39 juta atau 49.19 sen sesaham bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022.
Ia juga memaklumkan pendapatan suku tahunannya meningkat 21.2% kepada RM862.72 juta daripada RM711.72 juta susulan pertumbuhan sihat konsesi kumpulan, bukan konsesi dan perniagaan Indonesia.
Ini susulan permintaan kukuh berikutan perniagaan kembali disambung pasca pandemik Covid-19.
Pihaknya juga sedang menjalankan usaha menjual stok vaksin susulan ia masih sah.
Pharmaniaga juga menguasahakan pelan penyusunan semula mengikut keperluan Bursa Malaysia dalam masa yang ditetapkan.
“Perancangannya untuk fokus memperkukuh kedudukan kewangan kumpulan juga memastikan perniagaan utama kekal berdaya maju dengan prospek pertumbuhan.
“Kumpulan juga menjamin operasinya untuk kedua-dua perniagaan konsesi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan bukan konsesi dengan sektor swasta tidak akan terganggu serta terus kukuh,” kata kenyataan itu. – 27 Februari, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen