AHLI MCA yang marah mahu mengadakan protes atas rancangan untuk meletakkan Wong Nai Chee sebagai calon bagi kerusi Parlimen Alor Gajah.
Wong merupakan setiausaha politik kepada Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin tempatan tidak mahu bekas ahli Parlimen Kota Melaka itu mengganti tempat Koh Nai Kwong.
Mereka menyeru 10,000 ahli MCA supaya membantah keputusan itu di SRJK (C) Machap Baru esok.
Ia juga rancak diwar-warkan di media sosial.
Koh dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, namun ia mengundang rasa tidak puas hati di pihak bahagiannya, malah telah membatalkan beberapa majlis yang telah dirancang pada hujung minggu ini.
Wong dilihat sebagai lawan kuat ketika beliau menewaskan Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock bagi kerusi Kota Melaka pada pilihan raya umum 2004.
Bagaimanapun, kerusi berjaya ditawan semula DAP pada pilihan raya umum 2008.
Wong bangkit semula apabila dilantik sebagai setiusaha politik Najib pada 2011.
Kerusi Alor Gajah dilihat sebagai salah satu daripada kerusi paling selamat DAP. – 14 Mac, 2018.
Komen